Lukaku jaring dua gol untuk Belgium kalahkan Panama

Ian Johan Ariff
Jun 18, 2018 02:44 MYT
Romelu Lukaku menjaringkan dua gol menentang Panama pada Isnin. - Gambar REUTERS/Francois Lenoir
Belgium mengalahkan pendatang baru Panama 3-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan G.
Pemain Manchester United, Romelu Lukaku menjaringkan dua gol dalam babak kedua selepas Dries Mertens membuka tirai jaringan dua minit selepas permainan bersambung dalam babak kedua.
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pembukaan yang turut menyaksikan pemain Chelsea, Eden Hazard gagal memanfaatkan kesilapan Panama.
Mertens membuka tirai jaringan pada minit ke-47 menerusi satu volley yang menakjubkan.
Panama yang membuat penampilan pertama dalam Piala Dunia FIFA, hampir menyamakan kedudukan 10 minit kemudian, namun penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois tangkas menyelamatkan tendangan Michael Murillo dari jarak dekat.
Lukaku kemudian menanduk masuk hantaran pemain Manchester City, Kevin de Bruyne pada minit ke-69.
Enam minit kemudian, Lukaku menambah derita Panama apabila melambung bola melepasi penjaga gol Jaime Penedo.
Belgium akan bertemu Tunisia dalam perlawanan kedua kumpulan E pada 23 Jun.
Tonton: Belgium lawan Panama
#Awani FIFA #Belgium #Dries Mertens #Eden Hazard #Kevin de Bruyne #Michael Murillo #Panama #Raya Bola 2018 #Romelu Lukaku #Thibaut Courtois
;