Lukaku gagal yakinkan Pereira pilih Belgium berbanding Brazil
Astro Arena
September 5, 2018 13:30 MYT
September 5, 2018 13:30 MYT
ANDREAS Pereira mendedahkan bahawa rakan sepasukannya di Manchester United, Romelu Lukaku, telah berusaha dan gagal meyakinkannya untuk memilih beraksi bersama Belgium berbanding Brazil.
Pereira yang dilahirkan di Belgium dan mewakili negara kelahirannya dalam saingan bola sepak belia, muncul sebagai salah seorang pemain muda yang menyerlah.
Tetapi dalam saingan B-20, Pereira memilih Brazil, negara kelahiran bapanya, Marcos, yang meluangkan kariernya sebagai pemain bola sepak di Belgium.
Pereira turut beraksi bersama skuad B-23 Brazil dan bakal membuat penampilan sulung bersama skuad senior berdepan Amerika Syarikat dan El Salvador dalam aksi persahabatan.
Bagaimanapun, pemain tengah itu dapat berasakan tekanan yang perlu dihadapi mewakili Brazil.
"Lukaku telah berusaha untuk meyakinkan saya. Dia kerap bercakap dengan saya dan memberitahu bahawa saya perlu memilih Belgium. Saya menerangkan kepada Lukaku bahawa sukar untuk saya melakukannya.
"Tidak sama. Bermain bersama Belgium sangat berbeza. Bermain untuk Selecao – iaitu Brazil, ia rasa seperti dekat dengan saya.
"Kemudian Lukaku memberitahu: 'Jika ia adalah keputusan anda, anda perlu mengikut gerak hati. Saya menghormati keputusan itu'."