ROMELU LUKAKU hadir selaku pemusnah untuk mengesahkan penguasaan Belgium ke atas Panama tiga gol tanpa balas dalam perlawanan pertama masing-masing dalam edisi Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Penyerang Manchester United itu menyusul dengan dua gol selepas voli cantik Dries Mertens membuka jaringan pada minit ke-47 untuk menafikan harapan permulaan indah buat pendatang baru selepas masing-masing terikat 0-0 sepanjang separuh masa pertama.
Selepas melambung bola melepasi kawalan penjaga gol Panama, Jaime Penedo untuk gol ketiga Belgium, Lukaku meraikan bersama rakan-rakan sepasukan, tetapi hanya ada satu di dalam fikiran dan hatinya.
“Mama!,” penyerang berbadan besar tegap itu ke arah kamera sambil melayangkan flying kiss sebelum kembali ke permainan.
BACA: Lukaku jaring dua gol untuk Belgium kalahkan Panama
Terdahulu awal minggu ini, Lukaku berkongsi kisah susah payah kehidupannya dan janji kepada ibunya bahawa dia akan menjadi seorang pemain bola sepak profesional.
“Ada satu masa ibu saya terpaksa meminjam roti daripada sebuah bakeri di hujung jalan. Tukang roti itu sdah kenal saya dan adik saya, jadi dia membenarkan ibu saya ambil sebuku pada Isnin dan bayar balik pada Jumaat.
“Saya sedar yang kami susah. Tetapi apabila dia mencampurkan air dengan susu, saya sedar bahawa ia telah berakhir, anda faham tak maksud saya? Inilah kehidupan kami dahulu.
“Saya tak kata apa-apa. Saya tak mahu dia tertekan. Saya makan sahaja hidangan tersebut. Tetapi saya bersumpah kepada Tuhan, saya berjanji dengan diri saya pada hari itu. Ia seperti seseorang memetik jari dan menyedarkan saya. Saya tahu apa sebenarnya yang perlu saya lakukan, dan apa yang akan lakukan.”
Cerita Lukaku lagi, dia tidak mahu lagi melihat ibunya hidup dalam keadaan begitu dan dia tekad untuk mengubahnya.
“Dalam bola sepak, orang suka berkata tentang kekuatan mental. Sayalah orang yang paling kuat yang anda akan temui. Kerana saya ingat duduk di dalam gelap dengan adik dan ibu saya, berdoa, dan berfikir, percaya, mengetahui…ia akan berlaku.
“Saya simpan janji saya buat seketika, namun kemudian ada hari saya pulang dari sekolah dan mendapati ibu saya sedang menangis. Jadi akhirnya saya katakan padanya, ‘Ibu, ia akan berubah. Ibu akan saksikan. Saya akan bermain bola sepak untuk Anderlecht, dan ia akan berlaku tak lama lagi. Kita akan bahagia. Ibu tak perlu risau lagi’,” kata pemain berusia 25 tahun itu kepada The Players’ Tribune.
Kini, Lukaku bermain untuk Manchester United, antara kelab paling berpengaruh di dunia dan menjadi antara penyerang yang amat digeruni lawan.
Dalam kempen Piala Dunia di Rusia kali ini, dua gol Lukaku menentang Panama meletakkannya sebaris Diego Costa dari Sepanyol dan kapten England, Harry Kane sebagai penjaring gol kedua terbanyak setakat ini, di belakang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo yang telah meledak tiga gol ketika pertemuan menentang Sepanyol.
Israr Khalid
Tue Jun 19 2018
![Lukaku dedikasikan gol kedua buat ibunya Lukaku dedikasikan gol kedua buat ibunya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71529373791_Lukaku.jpg)
Kini Lukaku antara penyerang yang amat digeruni lawan. - Foto Reuters/Marcos Brindicci
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Euro 2024: Perancis tewaskan Belgium untuk mara ke suku akhir Euro 2024: Perancis tewaskan Belgium untuk mara ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719896427_Euro.jpg)
Euro 2024: Perancis tewaskan Belgium untuk mara ke suku akhir
Perancis mengesahkan slot ke suku akhir selepas memanfaatkan gol sendiri Jan Vertonghen dalam kemenangan 1-0 ke atas Belgium pada pusingan 16 Euro 2024 di Merkur Spiel-Arena, Dusseldorf pada Isnin.
![Kalah teruk dalam pilihan raya EU, PM Belgium letak jawatan Kalah teruk dalam pilihan raya EU, PM Belgium letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717981524_AlexanderDeCroo.jpg)
Kalah teruk dalam pilihan raya EU, PM Belgium letak jawatan
Alexander De Croo meletakkan jawatan selepas partinya mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Parlimen Eropah (EU).
![Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714972623_NurAisyahPelumba.jpg)
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
![Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711332412_TBEnglandjpg.jpg)
Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker
Pada Sabtu, anak buah Gareth Southgate itu mengalami kekalahan pertama mereka dalam tempoh 15 bulan.
![Mohamad Hasan hadir AEMM ke-24 dan EU IPMF ketiga di Brussels Mohamad Hasan hadir AEMM ke-24 dan EU IPMF ketiga di Brussels](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706785218_TBPTD.jpg)
Mohamad Hasan hadir AEMM ke-24 dan EU IPMF ketiga di Brussels
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-Kesatuan Eropah (AEMM) kali ke-24 di Brussels, Belgium.
![Belgium ikrar sokong kes genosid difailkan Afrika Selatan terhadap Israel Belgium ikrar sokong kes genosid difailkan Afrika Selatan terhadap Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705811313_TBCAROLINE.jpg)
Belgium ikrar sokong kes genosid difailkan Afrika Selatan terhadap Israel
Menteri itu berjanji akan meneruskan komitmen untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera di semua peringkat.
![Belgium tidak boleh berdiam diri lihat keganasan Israel di Gaza Belgium tidak boleh berdiam diri lihat keganasan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704841153_TBPetraDeSutter.jpg)
Belgium tidak boleh berdiam diri lihat keganasan Israel di Gaza
Belgium harus ikut langkah Afrika Selatan mohon ICJ menyiasat jenayah genosid yang didakwa dilakukan oleh Israel di Gaza.
![Wanita meninggal dunia dihempap pokok Krismas di pasar Belgium Wanita meninggal dunia dihempap pokok Krismas di pasar Belgium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703250250_firefighter.jpg)
Wanita meninggal dunia dihempap pokok Krismas di pasar Belgium
Seorang wanita maut selepas pokok Krismas setinggi 20 meter tumbang menimpanya di pasar Krismas di Belgium pada Khamis.
![Kelayakan Euro 2024: Aksi Belgium-Sweden ditangguh susulan dua orang ditembak mati di Brussels Kelayakan Euro 2024: Aksi Belgium-Sweden ditangguh susulan dua orang ditembak mati di Brussels](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697505260_belgiumsweden.jpg)
Kelayakan Euro 2024: Aksi Belgium-Sweden ditangguh susulan dua orang ditembak mati di Brussels
Ia susulan kejadian tembakan pada petang Isnin, yang disifatkan pihak berkuasa sebagai keganasan.
![Ugut bunuh perdana menteri, Belgium buru bekas tentera Ugut bunuh perdana menteri, Belgium buru bekas tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661288633_AlexanderDeCroo.jpg)
Ugut bunuh perdana menteri, Belgium buru bekas tentera
Belgium melancarkan siasatan pada Jumaat selepas catatan media sosial seorang bekas anggota tentera mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Alexander De Croo.