Louis Van Gaal dipecat daripada jawatan pengurus Manchester United - Laporan

Agensi
Mei 23, 2016 19:57 MYT
Van Gaal masih mempunyai baki kontrak kerana baru berkhidmat dua tahun bersama Manchester United. - Gambar fail
LOUIS Van Gaal telah dipecat daripada memegang jawatan Pengurus Manchester United, lapor beberapa media British pada Isnin, termasuk spekulasi yang menyatakan dia bakal diganti oleh Jose Mourinho.
Van Gaal dan peguam Paul Gilroy dilihat memasuki kawasan pusat latihan di Carrington pada Isnin.
Antara anak guam Gilroy termasuklah David Moyes, yang pemecatannya sebagai Pengurus Manchester United sebelum ini memberi laluan kepada pelantikan Van Gaal.
Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dasripada United mengenai kedudukan Van Gaal, yang masih mempunyai baki perkhidmatan dalam kontrak tiga tahunnya.
Namun koresponden bola sepak akhbar Daily Telegraph, James Ducker, pada Isnin memuat naik di akaun Twitterya menyatakan: “Paul Gilroy sedang mengemas kini pakej gaji pemberhentian Van Gaal... bayaran 5 juta Euro. Jangkakan pengumuman menjelang tengah hari.”
BBC pula melaporkan, United akan membuat kenyataan mengenai Van Gaal pada jam 1 petang waktu tempatan pada Isnin.
Media British sudah secara terang-terangan melaporkan tentang pemberhentian Van Gaal, selepas mendapat maklumat bocor daripada sumber yang tidak didedahkan. Khabar itu mula menjadi kecoh selepas Manchester United meraih Piala FA pada Sabtu lalu.
#Jose MOurinhio #Louis van Gaal #pengurus Manchester United #Van Gaal dipecat
;