Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia

Astro Arena
Disember 15, 2024 06:45 MYT
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.
BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.
Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, tewas kepada Kim Astrup-Anders Rasmussen yang kini bergelar beregu nombor satu dunia.

BWF World Ranking

Mens Doubles 17 December 2024 Astrup/Rasmussen becomes the world number #1! Goh/Izzuddin reaches new career high as #3.#BWFWorldTourFinals2024 pic.twitter.com/jcqbqtMbMc

— Statminton (@Statminton) December 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di sebalik membawa pulang AS$100,000 (RM445,000) sebagai naib juara, FeiDin turut memperoleh 12,000 mata - sekali gus membantu beregu ketujuh dunia itu melonjak empat anak tangga untuk bergelar beregu nombor tiga dunia.
Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula, jatuh satu anak tangga dan kini berada di tangga keenam dunia. - Stadium Astro

BWF World Ranking Men's Singles 17 December 2024 Jonatan Christie reenters the top 3. Lee Zii Jia goes up 2 spots to #6.#BWFWorldTourFinals2024 #Badminton pic.twitter.com/GEkzDKv6x4

— Statminton (@Statminton) December 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #FeiDin #Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani #beregu ketiga dunia
;