Loh intai emas sulung acara wushu di Singapura

Astro Arena
Jun 8, 2015 14:00 MYT
Atlet wushu negara, Loh Jack Chang meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya meraih satu pingat emas pada Sukan SEA 2015.
Atlet wushu negara, Loh Jack Chang meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya meraih satu pingat emas pada Sukan SEA 2015.
Loh, 28, yang membuat penampilan kali kelima berturut-turut pada Sukan SEA sejak edisi 2007 di Korat, Thailand, sekadar meraih pingat perak dalam acara taijijian wajib lelaki dengan catatan 9.69 mata di Dewan 2, Pusat Konvesyen dan Pameran Singapura (Singapore Expo) di sini, hari ini.
"Saya agak kecewa sedikit dengan persembahan hari ini dan saya masih ada dua lagi acara, esok iaitu taijiquan pilihan dan wajib dan saya harap dapat keputusan yang lebih baik berbanding hari ini," kata Loh ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian pingat acara berkenaan.
Atlet Filipina, Daniel Parantac melakar kejutan selepas meraih emas dengan catatan 9.71 mata manakala Julius Kurniawan dari Indonesia terpaksa berpuas hati dengan gangsa dengan pungutan 9.68 mata.
Untuk rekod, Loh pernah meraih satu pingat emas dalam acara Taijiquan pada edisi 2009 di Laos.
#Loh Jack Chang #Singapura #Sukan SEA #wushu
;