Liverpool tunggu khabar Salah, Klopp berang terjahan Choudhury
Astro Arena
Oktober 6, 2019 16:03 MYT
Oktober 6, 2019 16:03 MYT
JURGEN Klopp berang dengan terjahan lewat daripada Hamza Choudhury terhadap Mohamed Salah yang menyaksikan pemain sayap Liverpool itu terpaksa dikeluarkan ketika pasukan kendaliannya itu menewaskan Leicester City, semalam.
Liverpool meraih gol kemenangan pada lewat permainan di laman sendiri hasil jaringan penalti James Milner pada minit ke-95 yang meletakkan The Reds lapan mata mendahului Manchester City di puncak liga.
Sepakan penalti dalam waktu kecederaan itu mencetuskan suasana tegang tetapi pengadil menerima bantuan VAR selepas Marc Albrighton menjatuhkan Sadio Mane, yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan sebelum James Maddison menyamakan kedudukan.
Berbanding bercakap mengenai pertemuan itu, Klopp lebih fokus terhadap terjahan Choudhury ke atas Salah yang menyaksikan pemain tengah itu dilayangkan kad kuning.
Klopp bercakap mengenai insiden melibatkan pemain Newcastle United, Matt Ritchie, sebelum ini tatkala dia mempersoalkan niat Choudhury melakukan terjahan ke atas Salah.
"Ia jelas penalti, saya berdiri di sini dan patut gembira melihat persembahan pemain," katanya.
"Namun, saya tidak boleh lupakan kad kuning Choudhury.
"Dia patut lebih tahu. Mungkin dia tidak bernasib baik dengan Ritchie tetapi dia perlu bertenang. Anda tidak boleh mendapatkan pemain, kemudian kad kuning.
"Salah terbaring di dalam bilik persalinan. Adakah dia dalam keadaan baik? Kami tidak tahu tetapi ia sukar.
"Tiga tahun berturut-turut, kami merupakan pasukan paling rendah menerima kad kuning kerana tidak melakukan perkara sebegini. Ia tidak bagus."
Choudhury diperintahkan keluar padang ketika mewakili skuad B-21 England dalam Kejohanan Eropah, Jun lalu selepas melakukan terjahan keras terhadap pemain Perancis, Jonathan Bamba, sehingga menyebabkan kecederaan buku lali.
Pemain tengah Leicester itu kemudian dilayangkan kad kuning susulan terjahan terhadap Ritchie, Ogos lalu di mana Steve Bruce menyifatkannya sebagai tindakan mengerikan, menyaksikan pemain Scotland itu masih belum dapat beraksi.
Salah dijangka berehat menjelang saingan antarabangsa sambil skuad kebangsaan Mesir mengesahkan ketiadaannya.
"Skuad teknikal pasukan kebangsaan mengesahkan keputusan untuk tidak menyenaraikan Salah daripada menyertai kem untuk merehatkannya serta meringankan beban perlawanan yang dihadapi susulan penglibatan bersama kelab.
"Dia perlu berada dalam keadaan mental dan fizikal yang terbaik untuk menyertai komitmen seterusnya," kata wakil Persatuan Bolasepak Mesir.
#bola sepak
#bolasepak
#England
#EPL
#Hamza Choudhury
#jurgen klopp
#Liverpool
#Manchester City
#Mohamed Salah
#The Reds