Liverpool dilaporkan tidak bercadang untuk menghidupkan semula minat mereka terhadap Kylian Mbappe daripada Paris Saint-Germain di tengah-tengah perkembangan terkini mengenai masa depannya.
Hanya setahun selepas kelihatan menamatkan spekulasi mengenai perpindahan kerjayanya yang seterusnya dengan menandatangani perjanjian baharu bersama PSG, pemain berusia 24 tahun itu berada di tengah-tengah saga perpindahan yang lain.
Mbappe menolak peluang menyertai Real Madrid tahun lalu kerana dia menandatangani kontrak dua tahun baharu bersama PSG, dan syarat itu termasuk pilihan untuk dilanjutkan sehingga 2025.
Bagaimanapun, bekas bintang muda Monaco itu telah memaklumkan juara liga Perancis itu bahawa dia tidak akan meneruskan pilihan sambungan kontrak 12 bulan itu, bermakna dia boleh pergi sebagai ejen bebas musim panas akan datang.
Setelah dikatakan tidak berpuas hati dengan perbincangan yang dilakukan bersama wakil Mbappe, PSG akan cuba melepaskan penyerang itu musim panas ini daripada mengambil risiko kehilangannya secara percuma pada penghujung musim depan.
Mbappe, bagaimanapun, telah mengumumkan bahawa dia tidak berhasrat untuk meninggalkan penyandang juara Ligue 1 musim panas ini, walaupun dia tidak bersedia untuk menyerahkan masa depannya kepada kelab itu selepas 2024.
Real Madrid dan Manchester United sedang memantau perkembangan pemain tersebut dan Liverpool juga dinamakan sebagai pesaing untuk menandatangani Mbappe sebelum sebelum melanjutkan kontrak baru bersama PSG.
Bagaimanapun, The Telegraph mendakwa bahawa Liverpool tidak terlibat dalam saga itu dan tidak mempertimbangkan perpindahan untuk pemenang Piala Dunia Perancis buat masa ini.
Dengan PSG masih dijangka bertahan sekurang-kurangnya dengan nilai perpindahan 100 juta pound untuk musim panas ini, laporan itu menambah bahawa Chelsea, Manchester City dan Newcastle United dijangka tidak akan membida pemain tersebut.
Real Madrid masih dianggap destinasi paling terbaik untuk Mbappe, kerana pasukan bimbingan Carlo Ancelotti sedang mencari penyerang nama besar baharu berikutan perpindahan mengejut Karim Benzema yang menyertai juara Saudi, Al-Ittihad. -- Stadium Astro
Astro Arena
Sat Jun 17 2023

Real Madrid masih dianggap destinasi paling terbaik untuk Mbappe, kerana pasukan bimbingan Carlo Ancelotti sedang mencari penyerang nama besar baharu berikutan perpindahan mengejut Karim Benzema. - Stadium Astro

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis
Didier Deschamps mengesahkan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan Perancis.

Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.

Hatrik Mbappe beri kemenangan mudah untuk Real Madrid
Real membuka jaringan pada minit ke-30 apabila Mbappe melakukan hantaran satu-dua yang kemas dengan Jude Bellingham.

LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti
Carlo Ancelotti gembira dengan persembahan Kylian Mbappe ketika membantu Real Madrid menang 4-1 ke atas Las Palmas, awal pagi tadi.

LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos.

UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.

LaLiga: Mbappe tamatkan kemarau jaringan
Los Blancos memanfaatkan keputusan seri Barcelona dengan Celta Vigo pada Sabtu untuk merapatkan jurang kepada empat mata.

UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).