Liverpool tiada masalah tanpa Salah

Sinar Harian
Januari 22, 2024 12:30 MYT
Aksi Darwin Nunez selepas berjaya menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara AFC Bournemouth dan Liverpool di Stadium Vitality, Bournemouth, England, 21 Jan 2024. (Foto AP)
LIVERPOOL mengetepikan ketiadaan Mohamed Salah untuk mendahului lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Bournemouth, 4-0 di Stadium Vitality pada Isnin.
Dua gol dijelmakan Diogo Jota (m-70, m-79) dan Darwin Nunez (m-49, m-93) sudah cukup membolehkan angkatan Jurgen Klopp melakar kemenangan ke-14 selepas mengharungi 21 perlawanan.
Pemburuan kejuaraan The Reds sebelum itu diuji apabila pemain bintang kelab Merseyside tersebut berada bersama Mesir pada Piala Negara-Negara Afrika.
Namun Jota dan Nunez berjaya membuktikan kredibiliti masing-masing untuk terus kekal relevan bersama dengan antara pasukan terbaik dalam Liga Perdana itu.
Bournemouth hanya tewas sekali dalam sembilan perlawanan sebelum ini berusaha mengeluarkan diri dari zon penyingkiran.
Bagaimanapun, keinginan The Cherries disekat apabila Liverpool bangkit lebih agresif separuh masa kedua untuk menang 4-0 di laman lawan. - Sinar Harian
#Liverpool #jurgen klopp #EPL #Bournemouth
;