Liverpool tersungkur di tempat sendiri

Astro Awani
Februari 12, 2013 19:59 MYT
Hasrat liverpool meraih tiga mata penuh di Anfield tidak kesampaian selepas tunduk 2-0 kepada West Brom.
Keputusan itu meletakkan Liverpool di tangga kesembilan dengan 40 mata selepas 26 perlawanan hanya satu mata di belakang West Brom.
Kelebihan bermain di laman sendiri seharusnya memberikan ‘The Reds’ peluang bagi mencatat kemenangan.
Babak pertama dikuasai sepenuhnya skuad kendalian Brendan Rodgers itu dengan bahagian serangan diterajui Luis Suarez.
Tuan rumah mendapat sepakan penalti pada minit ke-77 selepas Luis Suarez dijatuhkan Jonas Olsson.
Sepakan kapten, Steven Gerrard bagaimanapun berjaya diselamatkan penjaga gawang West Brom, Ben Foster.
West Brom kemudian mengejutkan tuan rumah apabila Gareth Mcauley menanduk masuk hantaran daripada sepakan punjuru.
Pemain gantian, Romelu Lukaku mengesahkan kemenangan buat pelawat dengan gol kedua pada masa kecederaan.
Sekaligus melengkapkan kemenangan berganda West Brom ke atas “The Reds” musim ini.
#Brendan Rodgers #Liverpool #West Brom
;