Liverpool pastikan slot layak ke UCL

Astro Arena
Mei 13, 2018 07:05 MYT
Mohamed Salah beraksi dengan pemain Brighton Gaetan Bong dalam perlawanan EPL di Anfield, 13 Mei, 2018. Action Images via REUTERS
LIVERPOOL 4 BRIGHTON 0
Mohamed Salah mencipta sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika memastikan Liverpool berada dalam kelompok empat terbaik dengan kemenangan 4-0 ke atas Brighton and Hove Albion, semalam.
Salah membuka jaringan buat tuan rumah dalam separuh masa pertama di Anfield, penyerang kebangsaan Mesir itu menjadi pemain pertama menjaringkan 32 gol dalam 38 perlawanan liga.
Dejan Lovren menggandakan jaringan buat Liverpool sebelum Salah bertindak sebagai perancang gol pertama Dominic Solanke, sebelum Andrew Robertson memastikan kemenangan buat skuad kendalian Jurgen Klopp itu.
Keputusan itu menyaksikan Brighton terus kekal dalam EPL pada musim pertama tanpa melakar kemenangan di tempat lawan pada 2018.
Liverpool masih mempunyai tugasan terakhir dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim ini berdepan Real Madrid di Kiev pada 26 Mei.
#bola sepak #Brighton and Hove Albion #EPL #jurgen klopp #Kiev #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #Mohamed Salah #Real Madrid
;