Liverpool kekal memberi tekanan kepada Manchester City
Agensi
Mac 11, 2019 11:36 MYT
Mac 11, 2019 11:36 MYT
LIVERPOOL kini mengekori rapat Manchester City di tangga kedua dengan perbezaan satu mata selepas menewaskan Burnley 4-2 di Anfield pada malam Ahad.
Roberto Firmino dan Sadio Mané masing-masing menjaringkan dua gol sekali gus menyumbang tiga mata berharga buat Liverpool.
Antara babak yang paling mencuri tumpuan pada perlawanan itu, apabila Skuad kendalian Jurgen Klopp memperoleh gol ketiga akibat kesilapan penjaga gol Burnley, Tom Heaton yang melakukan tendangan lemah kepada Mohamed Salah.
Meskipun Burnley meledakkan gol pertama pada minit ke-6 melalui jaringan Ashley Westwood, namun pertahanan goyah Burnley menyebabkan Sadio Mané menambah gol pada masa kecederaan.
Kelemahan pertahanan Burnley telah menempatkannya menghampiri tangga terbawah mendekati zon penyingkiran.
Kemenangan ini membuatkan Liverpool semakin menghampiri Manchester City di puncak liga dengan perbezaan satu mata.
Selepas ini, Liverpool bakal bertemu pendahulu Liga Jerman, Bayern Munich, di Allianz Arena bagi perlawanan Liga Eropah.
#Ashley Westwood
#Bayern Munich
#Burnley
#jurgen klopp
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester City
#Roberto Firmino
#Sadio Mane