Liverpool jumpa Bayern, Real bertemu Ajax di UCL

Ian Johan Ariff
Disember 17, 2018 19:53 MYT
Trofi yang menjadi rebutan kelab-kelab Eropah, Liga Juara-Juara Eropah. - Foto Twitter/@ChampionsLeague
NAIB juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu, Liverpool akan menentang juara liga Jerman, Bayern Munich dalam pusingan 16 pasukan terbaik kejohanan kelab bola sepak paling berprestij di Eropah itu.
Juara bertahan, Real Madrid pula akan cuba mempertahankan gelaran yang dimenangi tiga musim berturut-turut itu dengan menerima tentangan kelab Belanda, Ajax Amsterdam.
Saingan lain menyaksikan Manchester United diundi bersama juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), Manchester City menentang kelab Jerman, Schalke dan Tottenham Hotspur menentang satu lagi wakil Jerman, Borussia Dortmund.
Barcelona pula akan menerima kunjungan kelab Perancis, Lyon, wakil Itali, Roma akan menentang Porto, Atletico Madrid menentang Juventus.
Pusingan pertama akan diadakan pada 12-13 dan 19-20 Februari tahun depan dengan perlawanan timbal balik pada 5-6 dan 12-13 Mac.
Berikut keputusan penuh undian Pusingan 16 Pasukan Terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL):
Ajax lwn Real Madrid
Liverpool lwn Bayern Munich
Manchester United lwn Paris Saint-Germain
Schalke v Manchester City
Tottenham Hotspur v Borussia Dortmund
Atletico Madrid v Juventus
Lyon v Barcelona
Roma v Porto
#Atletico Madrid #barcelona #Bayern Munich #Juventus #Liga Juara-Juara Eropah #Liverpool #Lyon #Manchester United #Porto #PSG #Real Madrid #Roma #Tottenham Hotspur #UCL
;