Liverpool julang piala Liga Juara-Juara Eropah kali keenam
Astro Awani
Jun 1, 2019 06:34 MYT
Jun 1, 2019 06:34 MYT
Dua gol di awal dan penghujung perlawanan membawa Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali keenam, dalam aksi di Stadium Wanda Metropolitano pada Ahad.
Penyokong The Reds tidak perlu menunggu lama untuk berpesta apabila bintang mereka Mohamed Salah menyempurnakan penalti pada minit kedua perlawanan selepas bola terkena tangan pemain tengah Tottenham Hotspur, Moussa Sissoko.
Tiga minit sebelum masa perlawanan tamat, stadium sekali lagi bergema dengan sorakan penyokong apabila pemain gantian, Divock Origi menyumbat masuk gol kedua, sekaligus memastikan kejuaraan milik Liverpool.
Kali skuad kendalian Jurgen Klopp itu memenangi Liga Juara-Juara Eropah adalah pada 2005, dan pernah menjulang trofi yang sama pada 1977, 1978, 1981 dan 1984.
#jurgen klopp
#Liga Juara-Juara Eropah
#Liverpool
#Mohamed Salah
#Moussa Sissoko
#Stadium Wanda Metropolitano
#The Reds
#Tottenham Hotspur