Liverpool hilang khidmat Matip

Astro Arena
Disember 31, 2020 11:02 MYT
Joel Matip mengawal bola ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan West Bromwich Albion di Stadium Anfield, Liverpool, England, 27 Dis, 2020. (Foto AP)
JOEL Matip bakal diketepikan selama tiga minggu ekoran kecederaan pangkal paha yang dialami ketika berdepan West Brom, perkara itu disahkan oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
Matip dipaksa meninggalkan padang pada minit ke-60 ketika bertemu The Baggies Ahad lalu, dengan Williams bertindak sebagai penggantinya.
Dalam ketiadaan pertahanan itu memberikan impak selepas Semi Ajayi berjaya menyamakan kedudukan buat West Brom, dan bekas pemain Schalke itu tidak tersenarai ketika Liverpool berdepan Newcastle United awal pagi tadi.
Ia membuktikan satu lagi aksi mengecewakan buat The Reds, yang seri buat kali kedua berturut-turut selepas terikat seri tanpa jaringan -- perlawanan tanpa jaringan buat pertama kali di antara Newcastle dan Liverpool sejak 1974.
Berikutan seri di St James' Park, Klopp mengesahkan dia bakal tanpa pertahanan tengah sekurang-kurangnya tiga minggu.
"Situasi normal mengenai kecederaan ini, Matip perlu berehat selama tinggu," kata Klopp.

"We'll stick together, we'll keep plugging away and we just need to get that final piece of the puzzle right."@JamesMilner on tonight's performance and looking to the future pic.twitter.com/lH8WhaRCY8

— Liverpool FC (@LFC) December 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan Liverpool sudah tanpa khidmat Virgil van Dijk dan Joe Gomez yang berpotensi sehingga tamat musim ekoran kecederaan, Matip telah bergandingan bersama Fabinho.
Matip dijangka terlepas pertemuan dengan Southampton dan Manchester United.
#Joel Matip #cedera #pangkal paha #West Brom #Liverpool #jurgen klopp #Newcastle United
;