Liverpool gagal pulih badi kekalahan

Astro Arena
Mac 7, 2021 06:30 MYT
Reaksi Mohamed Salah dan Rhys Williams selepas pemain Fulham Mario Lemina menjaringkan gol pertama pasukannya dalam perlawanan EPL antara Liverpool dan Fulham di Stadium Anfield, Liverpool, England, 7 Mac, 2021. (Foto AP)
LIVERPOOL 0 FULHAM 1
Fulham meningkatkan harapan untuk kekal apabila menghadiahkan kekalahan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut buat Liverpool di Anfield apabila menang 1-0, sebentar tadi.
Rembatan Mario Lemina menjelang rehat membuktikan pelawat sememangnya berhak untuk meraih tiga mata dalam usaha mencari jalan keluar dari zon penyingkiran.
Ia juga melanjutkan mimpi buruk juara bertahan itu yang berdepan kehilangan tiket ke Eropah musim depan.
Tuan rumah yang seakan-akan terkesan dengan persembahan buruk mereka kebelakangan ini membenarkan kelab dari London itu mengasak awal.
Fulham dua kali hampir memecah kebuntuan menerusi percubaan Josh Maja sebelum Ademola Lookman berhasil yang menyusup ke dalam kotak penalti dengan mudah.
Biarpun The Reds cuba memberi reaksi melalui Mohamed Salah, tetapi penggempur Mesir itu gagal membuat percubaan tepat dalam dua kesempatan.
Fulham terus memberi tekanan hingga menuntut kelibat Alisson dan Neco Williams untuk mematahkan percubaan Maja dan Lookman.
Kekentalan kubu tuan rumah akhirnya runtuh jua sebelum rehat apabila Lemina merampas bola daripada Salah di penjuru kotak penalti sebelum melepaskan rembatan leret.

115 - Following their 16 attempts this afternoon, Liverpool have now failed to score with each of their last 115 shots at Anfield in the @premierleague (ex. pens), the longest ever run by a side at home since we have exact times of shots available in the competition. Riddle. https://t.co/cyuijRhvZG

— OptaJoe (@OptaJoe) March 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Liverpool memperkemaskan serangan dalam babak berikutnya yang menyaksikan penjaga gol Fulham, Alphonse Areola, bertindak cemerlang menafikan sepakan kaki kiri Diogo Jota dari jarak dekat.
Penyudah Ivan Cavaleiro dalam serangan pantas gagal menghukum bahagian benteng Liverpool mula terdedah.
Tidak lama selepas peluang itu, Jurgen Klopp mula mempertaruhkan pemain di bangku simpanannya dengan memasukkan Sadio Mane sebagai pengganti Georginio Wijnaldum.
Pemain Senegal itu hampir menyamakan kedudukan hanya beberapa minit di atas padang apabila menggegar tiang selepas menanduk umpanan silang Naby Keita.
Bagaimanapun, daya usaha Liverpool pada 25 minit terakhir memberikan ruang untuk anak buah Scott Parker itu bertahan bagi menjamin kemenangan kelima musim ini.
#jurgen klopp #EPL #Liverpool #Liga Perdana Inggeris #Fulham #Mohamed Salah
;