Liverpool benam Leicester City 3-0
Astro Awani
November 22, 2020 06:22 MYT
November 22, 2020 06:22 MYT
Liverpool berjaya merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Tottenham Hotspur.
Ini selepas kelab itu mencatat kemenangan 3-0 di laman sendiri menentang Leicester City.
The Reds kini berada di belakang Spurs dengan perbezaan jaringan.
Kelab itu turut mencatat rekod tanpa kalah di laman sendiri untuk kali ke-64.
Anak buah Jurgen Klopp mendahului menerusi gol sendiri Leicester pada minit ke-21.
Ia kemudian diikuti gol kedua pada minit ke-41.
Roberto Firmino meledak satu lagi jaringan buat The Reds menerusi tandukan pada minit ke-86.