Liverpool belum pernah menang lawan Manchester United

Ian Johan Ariff
Disember 16, 2018 15:08 MYT
Liverpool diikat seri tanpa jaringan di Anfield pada 14 Oktober 2017. - Foto Reuters/Carl Recine
LIVERPOOL belum pernah menang ke atas Manchester United dalam lapan pertemuan yang lepas dalam Liga Perdana Inggeris (PL), malah tumpas 2-1 dalam pertemuan terakhir di Old Trafford pada Mac tahun ini.
Sebelum itu, Liverpool diikat seri tanpa jaringan pada Oktober tahun lepas, walaupun berada pada puncak prestasi.
Kali terakhir Liverpool mengatasi United dalam PL adalah pada Mac 2016 di Old Trafford, di mana the Reds menang 3-0 hasil dua jaringan penalti Steven Gerrard dan satu gol dari Luis Suarez.
Belum tewas dalam liga musim ini, penyokong United sudah pasti mahu pasukan kesayangan mereka menjadi pasukan yang pertama mengalahkan Liverpool malam ini.
Ini merupakan satu-satunya harapan penyokong United yang menyaksikan pengurus the Red Devils, Jose Mourinho mempunyai formula yang terbaik menentang Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp.
Kecederaan lima pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, Joe Gomez, Joel Matip, Dejan Lovren dan Nathaniel Clyne juga memberi sedikit kebimbangan kepada the Reds yang menerima kunjungan United malam ini.
Naib kapten pasukan, James Milner juga belum pasti dapat diturunkan kerana mengalami kekejangan otot.
United yang kalah dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) minggu ini kepada Valencia sudah pasti mahu mengubati kekecewaan itu dan sudah pasti kejayaan ke atas musuh tradisi ini boleh jadi pemangkin untuk meneruskan kejayaan di PL.
United pernah mengalahkan Liverpool di Anfield pada Januari 2016, di mana jaringan kemenangan diperoleh Wayne Rooney.
Malah kedudukan Liverpool di tangga kedua liga dan United di tempat keenam dengan perbezaan 16 mata di antara mereka, tidak boleh dijadikan ukuran dalam pertemuan tengah malam ini.
Siapa menang malam ini?

#LIVMUN Pertemuan dua seteru utama dalam Liga Perdana Inggeris, Liverpool menentang Manchester United tengah malam ini. Siapa menang malam ini? Ataupun sekadar seri? Mari kongsi ramalan anda! #BualBola #Liverpool #ManchesterUnited #EPL #PremierLeague #AstroSupersports

— Bual Bola AWANI (@bualbola) December 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pastikan anda menonton perlawanan tersebut di Astro Supersports 3 saluran 816 SD / 834 HD, dengan sepak mula pada pukul 12:00 tengah malam ini.
#Anfield #Jose Mourinho #jurgen klopp #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #Manchester United #Old Trafford #Premier League #the Red Devils #The Reds
;