Liverpool bangkit hidupkan peluang rangkul gelaran liga

Astro Arena
Mei 18, 2022 03:03 MYT
Aksi Takumi Minamino (kanan) berebut bola dengan Nathan Redmond ketika perlawanan EPL antara Southampton dan Liverpool di Stadium St Mary's, Southampton, England, 17 Mei 2022. (Foto AP)
JOEL Matip memastikan perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL) diheret ke perlawanan terakhir selepas Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 di Southampton.
The Reds melakukan sembilan pertukaran daripada kemenangan aksi final Piala FA ke atas Chelsea yang ketinggalan menerusi percubaan Nathan Redmond.
Bagaimanapun, Liverpool membalas menerusi jaringan Takumi Minamino sebelum memastikan kemenangan dalam separuh masa kedua apabila Matip menanduk masuk sepakan sudut pada minit ke-67.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester City di puncak liga, bermakna aksi akhir bertemu Wolves dan Aston Villa bakal menentukan destinasi gelaran takhta liga bagi musim 2021-22.

A big three points on the road. We keep going pic.twitter.com/Eml9oCcNfG

— Liverpool FC (@LFC) May 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #EPL #Southampton