Litar basah bukan masalah buat Rossi

Astro Arena
Ogos 31, 2015 08:54 MYT
Pengalaman dipikul Rossi ternyata berharga apabila tiada pelumba yang mampu memintasnya. -Gambar fail
LEGENDA MotoGP dunia, Valentino Rossi mempamerkan tunggangan mantap di atas litar basah untuk menjuarai GP Silverstone.
Rossi meninggalkan Danilo Petrucci di tempat kedua manakala Andrea Dovizioso di tempat ketiga.
Rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo gagal menemaninya di podium selepas sekadar menamatkan pelumbaan di tempat keempat.
Pengalaman dipikul Rossi ternyata berharga apabila tiada pelumba yang mampu memintasnya.
Sementara itu, wakil Honda Marc Marquez kecewa selepas terbabas ketika perlumbaan tinggal 8 pusingan lagi walaupun bermula di petak depan.
Sementara itu, wakil Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin mengutip dua mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.
Seorang lagi wakil negara yang beraksi di Moto2, Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 dan Azlan Shah di tempat ke-19.
#Andrea Dovizioso #Danilo Petrucci #legenda #motogp dunia #Valentino Rossi #Zulfahmi Khairuddin
;