LionsXII tumpas di tangan PKNS
Astro Awani
Januari 27, 2013 09:21 MYT
Januari 27, 2013 09:21 MYT
Badi LionsXII berdepan PKNS Selangor berterusan apabila wakil Singapura itu tewas pada perlawanan ulangan pusingan pertama di Stadium MBPJ.
Perlawanan ini terpaksa dilansungkan semula selepas aksi pada Sabtu itu terjejas akibat cuaca buruk.
LionsXII lebih banyak menguasai permainan sejak wisel permulaan dan berjaya menembusi kubu PKNS pada minit ke-14
Jaringan Fazrul Nawaz bagaimanapun tidak dikira akibat offsaid dimana PKNS kemudian mula menyusun rentak dalam melancarkan serangan ke kubu LionsXII.
Usaha itu membuahkan hasil apabila tandukan Fauzan Dzulkifli pada minit ke-19 meletakkan tuan rumah di depan.
Masuk babak berikutnya, PKNS terus meningkatkan serangan bagi menambah jaringan.
Jentera serangan yang diketuai Partick Ronaldinho bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang dan keputusan 1-0 kekal hinggal wisel penamat.
Sementara itu, PKNS bakal berdepan juara berahan, Kelantan di pusingan kedua.