Lions XII Juara Liga Super

Syamil Izwan Azizan
Julai 2, 2013 00:02 MYT
Hasrat pasukan tempatan menafikan Lions XII gelaran Liga Super musim ini tidak kesampaian.
Wakil Singapura itu meraih kejuaraan selepas menewaskan Felda United 4-0 di Stadium Jalan Besar.
Kini menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air sudah pasti siapa yang bakal menjadi naib juara liga.
Ia berikutan masih dua pasukan masih berpeluang mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.
Johor Darul Takzim (DT) meraih 3 mata penuh susulan kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan di tempat lawan.
Manakala Selangor memperoleh kemenangan besar 4-1 mengatasi pasukan berstatus kelab, T-Team.
Johor DT dan Selangor kini mengumpul 39 mata daripada 21 perlawanan dan akan bertemu sesama sendiri pada aksi terakhir liga di Larkin, Sabtu ini.
Dengan Lions XII dimahkotakan sebagai juara liga, kini pasukan di tangga kedua akan membawa cabaran negara untuk saingan Piala AFC musim depan.
Perlawanan lain menyaksikan juara Piala FA, Kelantan mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak.
Turut menyerlah, Pahang yang mengutip mata penuh selepas mengecewakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keputusan 2-1 di Kuantan.
Sementara pertemuan antara Terengganu dan PKNS Selangor pula berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
#Juara #Liga Super #Lion XII #Singapura
;