Lionel Messi dinobat Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019

Faiz Johari
September 24, 2019 08:03 MYT
Lionel Messi dinobat sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019. -AP
Lionel Messi dinobat sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019 dalam majlis anugerah gemilang sukan bola sepak dunia di Milan awal pagi tadi.
Kemenangan ini sekali gus melonjak nama penyerang utama Barcelona itu mengatasi pemain Juventus, Cristiano Ronaldo yang pernah merangkul anugerah sama.
Selain kedua-dua pemain itu, turut dicalonkan ialah pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk yang pada awalnya diramal memenangi anugerah ini.
Messi pernah memenangi gelaran Pemain Lelaki Terbaik FIFA pada 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015.
Kapten pasukan Barcelona dan Argentina ini telah menjaringkan 54 gol dalam 58 perlawanan pada musim 2018/19 mewakili kelab dan juga negara.
Messi turut membantu Barcelona menjuarai La Liga Sepanyol dan membawa kelab itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.
#Argentina #barcelona #Cristiano Ronaldo #Lionel Messi #majlis anugerah #Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019 #Virgil Van Dijk
;