Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Astro Arena
Disember 10, 2024 12:46 MYT
Disember 10, 2024 12:46 MYT
JUDE Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11 dengan Lionel Messi dikecualikan buat kali pertama sejak 2006 untuk tahun ini.
Kesatuan Pemain Global mengumumkan pasukan lelaki dan wanita berdasarkan undian yang dilakukan secara eksklusif oleh 28,000 pemain dari 70 negara.
Ikon Argentina, Messi diketepikan buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun walaupun merangkul Anugerah MLS MVP -pemain paling bernilai- selepas membantu Inter Miami mencatatkan rekod pengumpulan mata baru dalam musim pertamanya iaitu sebanyak 74 mata.
Malah, Cristiano Ronaldo turut diketepikan dan hanya tersenarai dalam senarai calon sahaja.
Pasukan itu didominasi pemain Real Madrid yang memenangi saingan LaLiga, Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu bersama juara empat kali berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.
Bellingham menerima undian terbanyak dengan 11,176 ribu setelah mencatatkan 23 gol dan 13 bantuan jaringan dalam semua pertandingan untuk Los Blancos dalam musim 2023/24.
Bintang sensasi Three Lions, Harry Kane, gagal menyerlah walaupun mengumpul lebih 44 gol dan 12 bantuan jaringan berbanding pemain lain daripada lima liga terbaik di Eropah.
Toni Kroos, Antonio Rudiger dan Dani Carvajal turut dipilih bersama empat pemain City Erling Haaland, Rodri, Kevin De Brune dan Ederson dengan satu-satunya pemain Liverpool adalah Virgil Van Dijk.
Kesebelasan Terbaik Lelaki:
Penjaga gawang: Ederson
Pertahanan: Dani Carvajal, Virgil Van Dijk, Antonio Rudiger.
Pemain Tengah: Jude Bellingham, Kevin De Bruyne, Toni Kroos.
Penyerang: Erling Haaland, Kylian Mbappe, Vinicius Junior.