Lionel Messi berdepan tuduhan penipuan cukai
Astro Awani
Jun 12, 2013 23:11 MYT
Jun 12, 2013 23:11 MYT
Pemain sensasi Barcelona, Lionel Messi bakal berdepan dengan undang-undang kewangan Sepanyol apabila pihak pendakwa jenayah kewangan negara itu telah memfailkan aduan penipuan cukai bernilai empat juta Euro (USD5 juta) terhadapnya.
Menurut laporan AFP yang memetik dari media Sepanyol, aduan “yang telah dibawa ke mahkamah” itu turut melibatkan bapa kepada pemain tersebut, Horacio Messi.
Sumber berkata, namun ianya tidak dipastikan samada mahkamah akan menerima aduan tersebut dan meneruskan tuduhan itu untuk dibicarakan.
Pasukan FC Barcelona tidak dapat memberikan .sebarang komen.
Walau bagaimanapun, Messi dan bapanya telah mengeluarkan kenyataan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan.