Lilian Thuram terkejut lihat Marcus ludah pemain lawan

Astro Arena
Disember 24, 2020 09:37 MYT
Marcus Thuram, pemain Borussia Monchengladbach. - Gambar fail REUTERS
LILIAN Thuram telah mengungkapkan rasa tidak percayanya ketika melihat anaknya, Marcus, meludah ke arah pemain lawan.
Penyerang Borussia Monchengladbach, Marcus Thuram, digantung enam perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) selepas tindakannya yang keterlaluan terhadap pemain Hoffenheim, Stefan Posch.
Pemain berusia 23 tahun itu dikenakan denda sebulan gaji oleh Gladbach ekoran insiden yang berlaku ketika tewas 2-1 di laman sendiri, dengan penalti tambahan EURO40,000 dikenakan oleh DFB.
Perlawanan keenam penggantungan telah ditangguhkan selama 12 bulan, dengan penyerang muda Perancis itu kini menghadapi tugas untuk memperbaiki reputasinya yang tercemar.
BACA: Ludah pemain lawan, Thuram digantung enam perlawanan
Dia menegaskan bahawa itu bukan tindakan yang disengaja dan telah meminta maaf kepada Posch, dan Thuram juga telah menjelaskan tentang ayahnya yang terkenal, pemenang Piala Dunia dan Euro bersama Perancis.
"Dapat difahami sepenuhnya apa yang berlaku di media. Saya sendiri menyaksikan perlawanan, saya sangat terkejut.
"Saya malah bertanya kepada diri sendiri adakah itu benar-benar anak saya.
"Setelah itu, saya mendapat penjelasannya, iaitu mengatakan bahawa dia mengamuk kerena marah, dan oleh itu dia menghina lawan dan tanpa sengaja melakukannya, hingga tersembur keluar air liur.
"Apa yang dia mahukan adalah agar orang ingat bahawa itu tidak disengaja kerana dia mengatakan dirinya sendiri.
"'Tetapi Ayah, saya tidak mahu orang menganggap saya mampu meludah seseorang dengan sengaja kerana itu tidak masuk akal."
#Lilian Thuram #Marcus Thuram #ludah #Borussia Monchengladbach #perlawanan #gantung #keterlaluan #Stefan Posch #penalti #minta maaf #sebulan gaji #denda
;