Ligue 1: Tiada Mbappe tiada masalah buat PSG

Astro Arena
Ogos 17, 2024 08:55 MYT
Lee Kang-in menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan Ligue 1 antara Le Havre dan Paris St Germain di Stade Oceane, Le Havre, Perancis, 16 Ogos 2024. REUTERS
JUARA Perancis, Paris Saint-Germain, menang 4-1 ke atas Le Havre, memanfaatkan kesilapan tuan rumah di penghujung permainan untuk memulakan musim Ligue 1 mereka dengan permulaan yang cemerlang.
PSG membuka jaringan seawal minit ketiga perlawanan apabila Goncalo Ramos melakukan hantaran buat Lee Kang-in.
Kegembiraan pasukan pelawat tidak lama, apabila Ramos mengalami kecederaan dan pemain antarabangsa Portugal itu terpaksa digantikan oleh Randal Kolo Muani.
Tuan rumah, yang menjaringkan gol pada separuh masa pertama namun dibatalkan kerana ofsaid, mengejutkan PSG selepas rehat apabila Gautier Lloris pada minit ke-48, sebelum gol kedua mereka daripada Joshua Casimir dibatalkan sekali lagi menerusi VAR apabila bola terkena tangan.
Kegagalan tuan rumah memastikan dua jaringan dalam separuh masa kedua ternyata menjadi bencana apabila Ousmane Dembele menanduk masuk pada minit ke-85 sebelum Bradley Barcola menambah gol ketiga kurang dua minit kemudian.
Kolo Muani kemudian menyempurnakan kemenangan menerusi sepakan penalti selepas dia dijatuhkan di dalam kotak.

Our Parisians win to start the league! #HACPSG (1-4) pic.twitter.com/IK6CF23HFZ

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) August 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PSG #Ligue 1 #Le Havre #Paris Saint-Germain
;