Ligue 1: Messi jaringkan gol, Mbappe cedera, PSG terus kukuh di tangga teratas

Astro Arena
Februari 2, 2023 10:30 MYT
Messi (tengah) dicabar pemain lawan Joris Chotard ketika perlawanan Ligue 1 antara Montpellier dan PSG di Stadium Negeri La Mosson, Montpellier, Perancis, 1 Feb 2023. (Foto AP)
MONTPELLIER 1 PSG 3
Paris Saint-Germain (PSG) tidak berdepan masalah untuk menewaskan Montpellier 3-1 biarpun penyerang utama, Kylian Mbappe, mengalami kecederaan pada awal babak pertama.
Aksi Ligue 1 di Stade de la Mosson awal pagi tadi menyaksikan Fabian Ruiz, Lionel Messi dan pemain berusia 16 tahun, Warren Zaire Emery, menemui sasaran untuk memastikan PSG kekal ampuh di tangga teratas dengan himpunan 51 mata.
Mbappe terlebih dahulu gagal menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-10 sebelum dikeluarkan pada minit ke-21 gara-gara kecederaan yang kelihatan membimbangkan -- memegang pahanya dan berjalan keluar ke terowong pemain.
Bagaimanapun, selepas jaringan Messi dan Achraf Hakimi dibatalkan kerana ofsaid, Fabian memecahkan kebuntuan pada minit ke-55 sebelum Messi menggandakan kelebihan itu berselang 17 minit sebagai menunjukkan penguasaan pasukan bimbingan Christophe Galtier berkenaan.
Arnaud Nordin merapatkan jurang buat Montpellier pada minit ke-89 tetapi Zaire Emery, yang masuk sebagai pemain gantian, segera mematikan semangat melawan itu dengan jaringan peringkat senior pertamanya dalam waktu kecederaan.
Kemenangan itu merupakan yang pertama buat PSG daripada tiga perlawanan liga terakhir dan mencerahkan peluang mereka untuk memenangi gelaran liga kesembilan sepanjang 11 musim ini.

Leo Messi. That's it. That's the tweet.# pic.twitter.com/b1C3VL7BPf

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) February 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PSG #Montpellier #Ligue 1 #Lionel Messi
;