Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco

Astro Arena
Disember 19, 2024 08:20 MYT
Gianluigi Donnarumma (kanan) mengalami kecederaan serius selepas kesalahan yang dilakukan Wilfried Singo pada perlawanan Ligue 1 antara AS Monaco dan PSG di Stade Louis II, Monaco, 18 Dis 2024. - Foto Astro ARENA
KEMENANGAN Paris Saint-Germain (PSG) 4-2 ke atas Monaco dicemari dengan insiden mengerikan apabila penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, menerima kecederaan serius selepas kesalahan yang dilakukan Wilfried Singo, awal pagi tadi.
Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak oleh penyerang Monaco itu di Stade Louis II.
Pemain berusia 25 tahun itu memerlukan rawatan perubatan berikutan perlanggaran itu, tetapi akhirnya terpaksa dikeluarkan pada minit ke-22 untuk digantikan oleh Matvei Safonov.
Donnarumma keluar daripada padang selepas dirawat oleh kakitangan perubatan PSG.

WHAT DID I JUST WATCH?! WORST TACKLE EVER?! .... pic.twitter.com/AZ9ea5mRcl

— Football Hub (@FootbalIhub) December 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

HOPEFULLY DONNARUMMA GETS BETTER SOON! He took a massive hit to the face today! Get well soon @donnarumma #donnarumma|#Donaruma|#PSG|#Injury|#DonnarumaInjury pic.twitter.com/jIDB4hcXhk

— Football Updates (@Futupds) December 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PSG #Wilfried Singo #Ligue 1 #cedera #Gianluigi Donnarumma
;