Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Astro Arena
Mei 12, 2024 06:45 MYT
Mei 12, 2024 06:45 MYT
KETUA jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac menjelaskan keadaan terkini pemain pertahanan pasukannya, Muhammad Kamal Azizi Mohamad Zabri, yang mengalami kecederaan patah tangan, malam tadi.
Kamal terpaksa dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya dan terpaksa digantikan oleh J Partiban.
Begitupun, jurulatih berusia 53 tahun itu masih menanti keputusan penuh daripada pemeriksaan pakar berkenaan keadaan semasa pemain itu. - Stadium Astro