Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor

Astro Arena
Februari 25, 2025 06:30 MYT
Katsuhito Kinoshi mengucapkan tahniah buat Johor Darul (JDT) selepas menjulang mahkota kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.
KETUA jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi mengucapkan tahniah buat Johor Darul (JDT) selepas menjulang mahkota kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.
Jurulatih berusia 60 tahun itu memandang positif perkembangan semasa skuad Harimau Selatan yang memacu kejayaan bola sepak Malaysia ke mata dunia.

'Congratulations JDT...' - Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor @ASTROARENA pic.twitter.com/bi5Hmlc9ma

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) February 25, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
JDT muncul juara selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim dengan mengumpul 58 mata daripada 20 perlawanan liga.
"Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia. Teruskan memimpin bola sepak Malaysia, dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. - Stadium Astro
#JDT #Liga Super #Katsuhito Kinoshi #Ketua Jurulatih Selangor
;