KUALA LUMPUR: Sabah FC berjaya membawa pulang bekalan tiga mata berharga selepas menundukkan Penang FC 2-1 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, George Town, malam ini.
Babak pertama menyaksikan, skuad Sang Badak selaku pelawat terlebih dahulu membolosi gawang Penang FC seawal minit kesembilan selepas bola yang disepak Ramon Machado de Macedo terkena kaki Irfan Fazail dan melantun masuk ke dalam gol tuan rumah.
Sabah FC terus menambah duka anak didik Manzoor Azwira Abdul Wahid apabila menggandakan kedudukan hasil tandukan Ramon selepas menerima hantaran lintang pemain kelahiran England, Daniel Ting, pada minit kecederaan (45+2).
Bersambung babak kedua, skuad Harimau Kumbang yang cuba bangkit melakukan serangan balas berhasil menembusi benteng Sang Badak apabila Muhammad Alif Anuar Ikmalrizal yang membuat larian jauh sebelum melakukan sepakan penyudah selepas menerima hantaran Muhammad Hadin Azman pada minit ke-76.
Asakan demi asakan dilakukan kedua-dua pasukan untuk mencari gol tambahan hingga ke wisel penamat dan keputusan kekal 2-1 memutlakkan kemenangan buat Sabah FC.
Kemenangan itu sekali gus mengubat luka skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang tewas 0-1 semasa menentang Selangor FC minggu lepas namun kekal berada di tangga kelima liga dengan mengutip 36 mata manakala Penang FC kekal di tangga ke-10 dengan 19 mata.
Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sri Pahang FC memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri mencatat kemenangan tipis ke atas Perak FC 1-0 untuk mengutip tiga mata penuh.
Skuad Tok Gajah menguasai perlawanan namun hanya berhasil memecah kebuntuan pada babak kedua menerusi kapten pasukan Shaheeswaran Thavakumar yang meledakkan gol tunggal pada minit ke-15.
Sri Pahang kini menghuni tangga keempat liga dengan 37 mata manakala Perak FC di tempat ke-11 dengan 13 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Sabah FC berjaya membawa pulang bekalan tiga mata berharga selepas menundukkan Penang FC 2-1 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, George Town, malam ini. - Foto Facebook MFL
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
Liga Super: Kurang yakin punca kekalahan - Sabah FC
Stano tetap positif bahawa Sabah FC mampu untuk mencapai sasaran berada dalam kedudukan tiga teratas Liga Super bagi musim ini.
Harimau Selatan 'gigit' The Rhinos 4-0
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pertama selepas terikat 0-0 sepanjang 45 minit permainan.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya
Sabah menerima saingan sengit yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.
Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.
Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.
Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.