Liga Super: Pertahanan kebangsaan Uzbekistan sah sertai Selangor

Astro Arena
Februari 2, 2024 12:52 MYT
Eshmurodov ketika ini sedang memperkuatkan Uzbekistan dalam Piala Asia 2023.- Foto Stadium Astro
SELANGOR FC hari ini mengumumkan bahawa mereka sah telah mengikat pertahanan skuad kebangsaan Uzbekistan, Umar Eshmurodov.
Semalam, Stadium Astro melaporkan bahawa Selangor sedang menyasarkan untuk membawa masuk pertahanan kental berusia 31 tahun itu dan hari ini, Eshmurodov diumumkan secara rasmi sebagai pemain import baru Gergasi Merah.
Eshmurodov ketika ini sedang memperkuatkan Uzbekistan dalam Piala Asia 2023 dan mereka akan bertemu juara bertahan dan pasukan tuan rumah, Qatar, bagi perlawanan suku akhir pada malam esok.
Sebagi rekod, Eshmurodov, yang berketinggian 185sm, mencipta nama bersama kelab Uzbekistan, FC Nasaf Qarshi, dari 2017 hingga 2023, di mana dia turut dilantik sebagai ketua pasukan itu dengan julangan Piala Uzbek sebanyak tiga kali berturut-turut dari 2021 hingga 2023.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Selangor FC #Liga Super #pertahanan skuad kebangsaan Uzbekistan #Umar Eshmurodov
;