Liga Super: JDT terus pamer rentak garang

Astro Arena
Mac 11, 2023 21:58 MYT
Sebelum rehat, gerakan berpasukan sekali lagi membuahkan hasil buat Harimau Selatan yang dijaringkan Fernando Forestieri. - Foto stadiumastro
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) FC meneruskan rentak garang dalam Liga Super ketika beraksi di Stadium Sultan Ibrahim apabila skuad kendalian Esteban Solari itu membelasah Kelantan FC 5-1, petang tadi.
Turun dengan motivasi tinggi selepas kemenangan besar ke atas Negeri Sembilan FC, JDT sudah pun memecah kebuntuan pada minit ke-3 atas kekasaran berlaku ke atas Ariff Aiman Hanapi dan Diogo menyudahkan bola muntah selepas tendangan penaltinya dan pelawat menggandakan lagi kedudukan apabila Endrick Dos Santos meledak jaringan ketiganya.
Sebelum rehat, gerakan berpasukan sekali lagi membuahkan hasil buat Harimau Selatan yang dijaringkan Fernando Forestieri.
Juan Muniz kemudian meledak gol dari jarak jauh tetapi benteng kebal JDT musim ini dimusnahkan pemain import Kelantan, Leonardo Rolon, yang memanfaatkan sepakan penalti.
Dalam masa sama, JDT menambah satu lagi gol, juga dari jarak 12 ela oleh Ariff Aiman untuk kemenangan keempat, 5-1.
#Liga Super #JDT #penalti #Facebook
;