Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua

Astro Arena
Mei 21, 2024 11:10 MYT
Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1 untuk terus unggul di tangga pertama liga. - Foto Astro ARENA
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berjaya mecatatkan kehadiran penyokong tertinggi dengan 19,988 dalam perlawanan kedua (LS2) Liga Super 2024/2025, Sabtu lalu.
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1 untuk terus unggul di tangga pertama liga.
Perlawanan di antara Perak menentang PDRM juga berjaya mencatatkan kehadiran kedua paling tinggi dengan 11,647 penyokong, Selangor menentang Kedah Darul Aman (KDA) pula menerima kehadiran 10,077 penyokong dengan tiket habis terjual.
JDT akan berkunjung ke Stadium Cheras dalam perlawanan ketiga liga berdepan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City, pada Sabtu ini.

THANK YOU JDT FANS! Thank you to the 19,988 fans who attended the Super League match between Johor Darul Ta'zim FC (JDT) and Negeri Sembilan FC at the Sultan Ibrahim Stadium today. See you again in the coming matches. Luaskan Kuasamu Johor. More photos at pic.twitter.com/YMw68fkwXn

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#JDT #Stadium Sultan Ibrahim #Liga Super 2024 2025 #kehadiran penyokong tertinggi
;