Liga Super: JDT akan jadi pasukan terbaik di Asia - Eddy Israfilov
Astro Arena
Oktober 28, 2024 10:30 MYT
Oktober 28, 2024 10:30 MYT
PERTAHANAN Johor Darul Ta'zim (JDT), Eddy Israfilov, komited untuk menjadi sebahagian daripada sejarah juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu selepas menewaskan Selangor 3-0 dalam perlawanan Liga Super 2024/2024, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Dia menjadi watak penting yang beraksi selama 90 minit untuk mengawal benteng pertahanan Harimau Selatan itu daripada dibolosi The Red Giants.
"Saya mahu mencipta sejarah sebagai sebahagian daripada kelab besar ini. Saya mahu meletakkan nama saya untuk kelab ini kerana JDT akan menjadi pasukan terbaik di Asia." katanya. - Stadium Astro