Liga Super: Habib Haroon ucap selamat tinggal kepada Kedah

Astro Arena
Ogos 25, 2024 17:53 MYT
Habib sudah melakukan 85 penampilan dan menjaringkan empat gol dalam semua kejohanan sewaktu bermain di Liga-M. - Stadium Astro
TONGGAK penting Kedah Darul Aman (KDA), Habib Haroon, bakal berhijrah keluar daripada saingan Liga Super Malaysia selepas hampir empat musim bermain di Malaysia bersama dua kelab berbeza.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pemain berusia 23 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada Sang Kenari susulan mencapai persetujuan bersama pihak pengurusan untuk menamatkan kontrak lebih awal.
Sebelum ini, pemain kelahiran Bahrain itu mewakili skuad Terengganu selama tiga musim sebelum berpindah ke kelab utara Tanah Air bagi meneruskan cabaran bersama ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Difahamkan tonggak import tengah Kedah DA, Habib Haroon ucap selamat tinggal kepada pasukan selepas capai persetujuan bersama dengan pihak pengurusan kelab. Habib dijangka menyertai kelab Sitra yang beraksi di Liga Premier Bahrain. @ASTROARENA pic.twitter.com/4NgcBNNjUK

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) August 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rekod, Habib sudah melakukan 85 penampilan dan menjaringkan empat gol dalam semua kejohanan sewaktu bermain di Liga-M.
Difahamkan, pasukan Sitra menjadi destinasi terbaru Habib bagi meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak di Liga Premier Bahrain. -- Stadium Astro
#Kedah Darul Aman #Habib Haroon #Liga Super #pemain Bahrain #berhijrah