Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguhkan sehingga 4 April
Astro Awani
Mac 13, 2020 21:35 MYT
Mac 13, 2020 21:35 MYT
Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijadualkan minggu depan ditangguhkan susulan pandemik novel koronavirus (COVID-19).
Menurut badan induk bola sepak England, penangguhan sehingga 4 April itu dibuat selepas pengendali Arsenal, Mikel Arteta dan pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi sah dijangkiti COVID-19.
Sementara itu memetik laporan BBC, Persatuan Bola Sepak England (FA) turut menangguhkan semua aksi profesional sehingga 3 April depan.
Penangguhan itu secara tidak langsung aksi persahabatan England menentang Itali dan Denmark di Wembley pada 27 dan 31 Mac nanti turut tidak diadakan.
#4 April
#bola sepak
#Callum Hudson-Odoi
#COVID-19
#Denmark
#FA
#Italy
#Liga Perdana Inggeris EPL
#Mikel Arteta
#tangguh