Liga Negara-negara UEFA: Republik Ireland kutip mata pertama

Astro Awani
Oktober 14, 2018 08:47 MYT
Pemain Republik Ireland, Shane Long beraksi dengan pemain Denmark, Simon Kjaer semasa perlawanan Liga Negara-negara UEFA di Stadium Aviva, Dublin, 13 Okt, 2018. REUTERS.
REPUBLIK Ireland mengutip mata pertama dalam aksi Liga Negara-negara UEFA selepas seri 0-0 dengan Denmark pada Sabtu.
Dalam perlawanan di Stadium Aviva itu, pasukan Denmark dilihat menguasai separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua perlawanan, Harry Arter memastikan gawang Ireland tidak dibolosi.
Walaupun semasa saingan Piala Dunia tahun lalu Denmark membelasah pasukan kendalian Martin O'neill ini 5-1, kali ini mereka kelihatan agak lemah tanpa Christian Eriksen yang direhatkan akibat kecederaan.
#Denmark #Liga Negara-Negara UEFA #Republik Ireland #UEFA
;