Liga Negara-Negara UEFA: Jaringan Joselu bawa Sepanyol ke pentas final

Astro Arena
Jun 16, 2023 10:00 MYT
Joselu meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA antara Sepanyol dan Itali di De Grolsch Veste, Enschede, Belanda, 15 Jun 2023. REUTERS
PEMAIN gantian, Joselu berjaya membantu pasukan memperoleh kemenangan buat Sepanyol untuk melangkah ke final Liga Negara-Negara UEFA dengan kemenangan 2-1 ke atas Itali di Enschede.
Bekas penyerang Newcastle itu meledak gol dua minit sebelum tamat permainan awal pagi tadi.
Sepanyol mendahului permainan awal minit ketiga menerusi Yeremy Pino namun Itali berjaya mengikat kedudukan dengan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ciro Immobile.
Itali kemudian terpaksa menyaksikan jaringan Davide Frattesi dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid dan Joselu memastikan kemenangan buat La Roja, empat minit selepas diperkenalkan sebagai pemain gantian.
Mereka bakal berdepan Croatia di final selepas mereka mengatasi Belanda 4-2.
#Liga Negara-Negara UEFA #sepanyol #Joselu #Itali
;