Liga Negara-Negara: Switzerland buat Sepanyol putih mata di Zaragoza
Astro Arena
September 25, 2022 09:40 MYT
September 25, 2022 09:40 MYT
SEPANYOL gagal mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan A2 selepas tewas 2-1 kepada Switzerland dalam saingan Liga Negara-Negara di hadapan penyokong yang kecewa di Zaragoza.
Luis Enrique, membimbing Sepanyol ke separuh akhir Kejohanan Eropah dan perlawanan akhir Liga Negara-Negara, terkenal kerana membuat keputusan yang tidak popular dan berpegang kepadanya.
Dia sekali lagi membuat kejutan dengan memulakan Marco Asensio, yang telah bertindak sebagai 'false nine' bersama Real Madrid musim ini, ketika mengetepikan khidmat penyerang utama seperti Alvaro Morata dan Borja Iglesias di bangku simpanan.
Sepanyol gagal menggugat Switzerland ketika serangan dan barisan pertahanan mereka melepaskan dua gol menerusi sepakan sudut yang disempurnakan oleh pemain pertahanan Switzerland, Manuel Akanji.
Akanji menjaringkan gol dengan tandukan kencang pada minit ke-21 sebelum Asensio menyamakan kedudukan pada minit ke-55 apabila dia menggelecek melepasi empat pemain sebelum melakukan bantuan jaringan buat Jordi Alba.
Bagaimanapun Switzerland terus bermain agresif dengan tiga percubaan tepat berjaya dilakukan arah kubu Sepanyol sebelum akhirnya menjaringkan gol kemenangan menerusi Breel Embolo.
Switzerland menjadi tuan rumah Republik Czech di St. Gallen pada hari Selasa dalam usaha untuk mengelak penyingkiran. Switzerland berkelebihan dua mata berbanding Czech di tempat terakhir.