Liga Kejuaraan: Burnley sah kembali ke EPL selepas atasi Middlesbrough

Astro Arena
April 8, 2023 08:19 MYT
Aksi Connor Roberts meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika Kejohanan Sky Bet antara Burnley dan Middlesbrough, di Stadium Riverside, Middlesbrough, England, 7 April 2023. (Foto AP)
MIDDLESBROUGH 1 BURNLEY 2
Burnley memastikan kepulangan ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Middlesbrough 2-1 dalam perlawanan Liga Kejuaraan di Stadium Riverside awal pagi tadi.
The Clarets tersingkir ke Liga Kejuaraan pada hari perlawanan terakhir musim lalu, sekali gus menamatkan tempoh enam tahun mereka dalam saingan EPL.
Bagaimanapun, mereka hanya memerlukan satu musim di bawah bimbingan Vincent Kompany untuk kembali ke saingan divisyen utama itu, di mana mereka hanya tewas sebanyak dua kali sepanjang kempen 2022-23.
Gol daripada Ashley Barnes dan Connor Roberts, yang mengapit jaringan penalti Chuba Akpom buat Middlesbrough, memastikan kemenangan penting itu buat Burnley.
Ia juga merupakan kemenangan ke-25 mereka musim ini dan ia bermakna, Burnley mengesahkan kelayakan ke EPL lebih awal berbaki tujuh lagi perlawanan.

Promotion back to the #PL at the first attempt! We'll see you soon, @BurnleyOfficial! Congratulations! pic.twitter.com/eMagjOLgM8

— Premier League (@premierleague) April 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Clarets kini gah di tangga teratas liga dengan berkelebihan 11 mata di atas pencabar terdekat, Sheffield United, yang masih berjuang untuk merebut satu lagi tempat ke EPL selepas diturunkan liga pada 2021.
The Blades, bagaimanapun, masih berkelebihan lapan mata berbanding pasukan di tangga ketiga, Luton Town, juga dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
#EPL #Middlesbrough #Burnley #Liga Kejuaraan
;