Liga Juara-Juara UEFA: Bayern Munich benam Atletico Madrid 4-0

Bernama
Oktober 22, 2020 09:31 MYT
Kingsley Coman (tengah) menggelek bola untuk menjaringkan gol keempat pasukannya ketika perlawanan Liga Juara-Juara UEFA antara Bayern Munich dan Atletico Madrid di Arena Allianz, Munich, Jerman, 21 Okt, 2020. (Foto AP)
ANKARA: Juara bertahan Liga Juara-Juara UEFA, Bayern Munich, memulakan kempen 2020-21 dengan bergaya apabila membenam Atletico Madrid dari Sepanyol menerusi jaringan 4-0 dalam perlawanan Kumpulan A pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
Bayern Munich memulakan aksi cemerlang dengan membolosi gawang lawan hasil jaringan penyerang Kingsley Coman pada minit ke-28.
Pasukan tuan rumah itu terus menambah jaringan pada minit ke-41 menerusi tendangan pemain tengah, Leon Goretzka, sekali gus menewaskan penjaga gol Atletico, Jan Oblak.
Pada minit ke-66, pemain Corentin Tolisso pula menghasilkan jaringan menerusi tendangan jarak jauh menjadikan pasukannya selesa mendahului dengan 3-0.
Coman sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-72 untuk memastikan Bayern Munich terus unggul di hadapan dengan 4-0.
Keputusan:
- Kumpulan A:
Salzburg - Lokomotiv Moscow: 2-2
Bayern Munich - Atletico Madrid: 4-0
- Kumpulan B:
Real Madrid - Shakhtar Donetsk: 2-3
Inter Milan - Borussia Monchengladbach: 2-2
- Kumpulan C:
Manchester City - Porto: 3-1
Olympiacos - Olympique Marseille: 1-0
- Kumpulan D:
Ajax - Liverpool: 0-1
Midtjylland - Atalanta: 0-4
-- BERNAMA
#Bayern Munich #Real Madrid #Liverpool #Manchester City #Moscow #UEFA #Atletico Madrid #Kingsley Coman #Liga Juara-Juara UEFA #Corentin Tolisso
;