Liga Juara-Juara: Ramos samai rekod kad merah terbanyak

Astro Arena
Februari 27, 2020 11:11 MYT
Sergio Ramos berjalan meninggalkan padang melewati jurulatih Zinedine Zidane selepas ditunjukkan kad merah pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, 26 Feb, 2020. REUTERS
SERGIO Ramos dilayangkan kad merah ke-26 dalam kariernya ketika Real Madrid tewas 1-2 kepada Manchester City dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Kapten Madrid itu diarahkan keluar padang selepas menjatuhkan Gabriel Jesus dan kad merah yang ke-26 itu juga merupakan yang keempat dalam Liga Juara-Juara.
Ia bermakna, Ramos menyertai Zlatan Ibrahimovic dan Edgar Davids dalam pungutan kad merah terbanyak dalam kejohanan itu.
Pemain berusia 33 tahun itu akan terlepas perlawanan timbal balik di Stadium Etihad bulan depan dengan City membawa kelebihan selepas Jesus memadamkan jaringan awal Isco sebelum Kevin De Bruyne mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-83.

4 - Sergio Ramos has conceded his 4th red card in the Champions League, he ties Zlatan Ibrahimovic and Edgar Davids for the most. Bully. #RMAMCI pic.twitter.com/bEU275iX3Y

— OptaFranz (@OptaFranz) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#diarah keluar padang #Gabriel Jesus #kad merah #Liga Juara-Juara Eropah #Manchester City #pusingan 16 #Real Madrid #Sergio Ramos #Twitter #Zlatan Ibrahimovic
;