MEMETIK satu pepatah Inggeris yang bermaksud, "Apa yang penting bukanlah bagaimana ia bermula, tetapi bagaimana ia berakhir", terngiang-ngiang ungkapan itu tatkala wisel penamat final Liga Juara-Juara UEFA (UCL) ditiupkan awal pagi tadi.
Dengan skor akhir 1-0 menentang Liverpool, trofi juara UCL disahkan menjadi milik Real Madrid buat kali ke-14 dalam sejarahnya.
Meski rata-rata penonton mengeluh akan perlawanan ini berakhir dengan skor yang rendah, ia sebenarnya merupakan satu aksi yang cukup sengit, penuh dengan strategi dan permainan minda, serta usaha tanpa henti pemain kedua-dua pasukan.
Seperti yang dibicarakan dalam artikel lalu, serta seperti yang dijangka, Liverpool menguasai babak awal hampir sepenuhnya.
Tekanan menyeluruh Liverpool berikan sejak wisel permulaan sehinggakan pemain Real Madrid gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan mereka sepanjang 10 minit pertama.
Penyerang-penyerang berbisa, Karim Benzema dan Vinicius Jr., berterusan mengintai peluang untuk melakukan serangan balas tetapi pemain-pemain kreatif Madrid, Luka Modric dan Toni Kroos, ditekan sepenuhnya hinggak tidak memiliki lebih dari dua saat pun untuk melakukan hantaran ketika bola berjaya diperoleh.
Jika senario sebegini berlaku kepada pasukan-pasukan lain, semestinya perasaan gugup bakal mula menguasai diri, segala strategi diranapkan, dan di saat itulah Liverpool mula melakar kemenangan - - itulah cara mereka memenangi kesemua perlawanan mereka musim ini.
Tetapi ini adalah Real Madrid yang dibicarakan.
Serangan bertali-arus Liverpool digagalkan oleh 'Man of the Match', Thibaut Courtois, berkali-kali dan Real bijak memperlahankan rentak permainan agar dapat memutuskan rantaian penguasaan pihak lawan dan kembali memberikan kestabilan buat pasukan mereka.
Liverpool mengasak, Madrid bertahan, Liverpool bermula semula -- rentetan ini berulang sepanjang hampir 40 minit pada separuh masa pertama.
Pada minit ke-41, tanpa sebarang amaran, satu hantaran jauh David Alaba menemui Benzema yang telah lama menanti dan buat pertama kalinya barisan pertahanan Liverpool kelihatan huru-hara.
Kuisan Benzema menyaksikan bola membolosi gawang, namun hasil semakan VAR yang memakan masa hampir lima minit lamanya memutuskan gol itu dibatalkan gara-gara ofsaid. Liverpool terselamat, namun hanya untuk sementara.
Wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan tidak lama kemudian.
Menurut laporan The Guardian, di kala ini, Liverpool telah melakukan sebanyak lima percubaan berbahaya tetapi serangan balas Madrid itu mengingatkan bahawa hanya satu percubaan yang mereka perlukan untuk menggagalkan segala usaha yang telah Liverpool bina dengan penuh sabar.
Empat belas minit selepas perlawanan dimulakan semula, itulah yang terjadi.
Lorongan cantik pemain sayap kanan, Fede Valverde, melepasi kaki deretan pertahanan Liverpool untuk menemui Vinicius Jr yang langsung tidak dikawal dan dari saat itu, leburlah harapan The Reds untuk meraih trofi ketiga mereka musim ini.
Menerusi tinjauan ringkas sejak beberapa jam lalu, rata-rata pihak media England nampaknya menjadikan bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, sebagai titik fokus utama dan juga ‘kambing hitam’ atas kekalahan tersebut.
BACA: Liga Juara-Juara kembali ke bumi Madrid
BACA: Final UCL: Liverpool terluka tapi akan kembali - Klopp
Benar, ada kekhilafan yang nyata -- keasyikannya membantu barisan serangan Liverpool seringkali meninggalkan satu ruang besar di sudut kanan untuk dieksploitasi.
Malah, Alexander-Arnold seolah-olah lupa akan kewujudan Vinicius Jr sewaktu serangan balas keramat Madrid dilakukan. Dalam pada itu, jika tiadanya bantuan hantaran tajam daripadanya, mungkin hampir separuh daripada percubaan Liverpool tidak akan dapat dilancarkan pun.
Berdasarkan apa yang ditonton, Liverpool bukannya tidak cukup bagus tetapi hakikatnya adalah Madrid merupakan pasukan yang lebih baik.
Courtois menunjukkan aksi penjaga gol yang sempurna -- satu tembok kebal yang tidak dapat ditembusi.
Dani Carvajal terbukti lebih berpengalaman dalam meneutralkan Luis Diaz, Ferland Mendy merantai Mohamed Salah sebaik-baiknya manakala gabungan Eder Militao, David Alaba dan bantuan pertahanan daripada Casemiro menyaksikan segala percubaan Liverpool dari sudut mana sekalipun berakhir dengan kegagalan.
Bola sepak adalah permainan strategi, perang dalam mengatasi aspek mental dan mencari kelemahan pihak lawan untuk diambil kesempatan sepenuhnya - - itulah yang Madrid lakukan dengan jayanya di Stade de France, Paris awal pagi tadi.
Kekalahan Liverpool bukanlah gara-gara kelemahan Alexander-Arnold seorang tetapi kegagalan pasukan mereka untuk mengatasi kekuatan raja Eropah yang sememangnya layak untuk dijulang.
Berakhirlah sudah satu lagi musim bola sepak Eropah yang penuh debaran dan keterujaan, kita saksikan bagaimana aksi kesemua pasukan dalam mencabar Real Madrid untuk merampas takhta yang mereka duduki dengan penuh bangga ketika ini. - Oleh Asmawi Bakiri
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sun May 29 2022
Dengan skor akhir 1-0 menentang Liverpool, trofi juara UCL disahkan menjadi milik Real Madrid buat kali ke-14 dalam sejarahnya. - Stadium Astro
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas
Enggan bincang isu rasuah Adani Group, Parlimen ditangguhkan sekali lagi
Dakwaan ini muncul apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduh kumpulan tersebut terlibat dalam sebuah skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Tujuh cedera, kereta api dan lori bertembung
Menurut kenyataan media oleh Polish State Railways (PKP), kemalangan itu menyebabkan kelewatan perjalanan dan ratusan penumpang terkandas.
Angka korban tanah runtuh di Timur Uganda meningkat kepada 20 orang - Polis
Angka korban akibat tanah runtuh yang melanda beberapa kampung di daerah Bulambuli, Timur Uganda pada rabu malam, meningkat kepada 20 orang.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Datuk Bandar KL terima Anugerah Malaysian Leadership
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fatuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dianugerahkan Anugerah Malaysian Leadership.
Tekanan masyarakat dunia mampu heret netanyahu ke ICC
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Astro AWANI unggul raih 5 anugerah media
Kemenangan berkenaan diraih menerusi kategori Media-Liputan Isu dan Krisis (media penyiaran) dan Astro Awani menerima kesemua anugerah emas, perak dan gangsa.
Dr Maza saman GISBH, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.
Malaysia hulur sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian
Malaysia menghulurkan sokongan kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian, menekan solidariti berterusan negara dengan rakyat LUbnan dan usaha membina keamanan.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain
Ancelotti berisiko dipecat
Tekanan semakin meningkat ke atas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti susulan kekalahan 1-3 kepada AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
UCL: Aston Villa cipta kejutan tewaskan Bayern Munich
Anak buah Vincent Kompany mendominasi perlawanan tetapi mensia-siakan beberapa peluang terbaik mereka.
UCL: Semusim menyepi, Liverpool kembali dengan aksi garang di San Siro
Mengubah suasana perlawanan, Ibrahima Konate menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk menyempurnakan sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.
UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Perarakan kejuaraan Real Madrid disambut meriah
Real Madrid meraikan kemenangan Liga Juara-Juara mengelilingi ibu kota Sepanyol dalam perarakan bas atas terbuka sebelum berpesta dengan peminat di Bernabu.
Borussia Dortmund buat PSG terkedu
Penyerang itu mengawal bola dengan sempurna sebelum melakukan rembatan rendah melepasi penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-36.
Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu jaringkan gol buat pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-24 selepas terima hantaran Toni Kroos.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.