Liga Itali: Juventus selangkah untuk memenangi Serie A

Astro Arena
April 29, 2014 13:21 MYT
Juventus semakin hampir menggenggam gelaran juara Serie A ketiga berturut-turut selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Sassuolo 3-1.
Sassuolo mendominasi awal perlawanan untuk Simeone Zaza menewaskan penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon untuk gol pembukaan tuan rumah seawal minit ke-9.
Namun Carloz Tevez menyamakan kedudukan minit 35 untuk keputusan 1-1 tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua, Claudio Marchisio meletakkan juventus 2-1 di depan pada minit ke-58.
Momentum jaringan Juventus diteruskan Fernando Llorente yang menoktahkan kemenangan 3-1 Juventus ke atas Sassuolo.
Ini sekaligus mengubati kekecewaan jurulatih Juventus, Antonio Conte selepas kalah 2-1 kepada Benfica dalam aksi pertama separuh akhir Liga Europa minggu lalu.
Juventus akan dinobat selaku juara Serie A jika mereka menewaskan Atalanta di laman sendiri pada 5 Mei depan.
#Juventus #Sassuolo #Serie A
;