Liga Hoki Malaysia diawalkan - Anil Jeet Singh
Astro Arena
Februari 15, 2021 06:07 MYT
Februari 15, 2021 06:07 MYT
PENGERUSI Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Anil Jeet Singh, mematuhi janji apabila membuat pengumuman tarikh baru penganjuran Liga Hoki Malaysia (LHM).
Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat lalu memberikan kelonggaran kepada atlet untuk menjalani latihan berpusat yang bermula semalam (Isnin).
Bagaimanapun, seperti yang dikongsi bersama wartawan Astro Arena, Fariha Razak, di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam, penganjur kejohanan itu tidak akan mengambil remeh sekiranya terdapat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan yang ditetapkan sepanjang liga berlangsung.
"Kami telah bermesyuarat bersama MSN (Majlis Sukan Negara) termasuk Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, secara atas talian pada 14 dan 16 Februari lalu.
"Kami memutuskan LHM akan berlangsung lebih awal iaitu pada 11 Mac hingga 3 April untuk (kategori) lelaki dan 15 Mac-3 April untuk wanita.
"SOP yang diguna pakai adalah gelembung sukan.
"Tempat seperti hotel atau hotel akan diumumkan kemudian," katanya dalam sidang media.
"Mereka akan menjalani jenis ujian RT-PCR, bukannya RDK.
"Tiga hari sebelum mereka beraksi dalam liga, MSN juga akan mengadakan ujian calitan maka risiko (jangkitan) akan lebih rendah.
#SOP
#Majlis Keselamatan Negara
#hoki
#wanita
#operasi
#sukan
#Majlis Sukan Negara
#Bukit Jalil
#keselamatan
#hotel
#ujian calitan
#risiko
#jangkitan
#Ujian rT-PCR
#kelonggaran
#atlet
#KHM
#anil jeet singh
#Liga Hoki Malaysia
#LHM
#mesyuarat
#gelembung sukan
#tarikh baru