LHM: THT, Maybank teruskan momentum kemenangan

Astro Arena
Februari 11, 2023 06:40 MYT
Aksi di Stadium Hoki Bertam menyaksikan pasukan juara Piala Sumbangsih, THT, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Nurinsafi 7-1. - Stadium Astro
TERENGGANU Hockey Team (THT) dan Maybank meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini selepas menewaskan lawan masing-masing malam tadi.
Aksi di Stadium Hoki Bertam menyaksikan pasukan juara Piala Sumbangsih, THT, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Nurinsafi 7-1.
Sebagai rekod, Pasukan Terengganu itu mengatasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) 4-3 untuk meraih tiga mata pertama dan bergelar juara Piala Sumbangsih minggu lalu.
Dalam pada itu, aksi di Stadium Hoki Nasional 2 pula menyaksikan Maybank mudah mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kemenangan 7-0.
Ia merupakan kemenangan kedua daripada dua perlawanan musim ini buat Maybank selepas membelasah TNB Thunderbolts 10-0 dalam aksi pertama.
Aksi di sebelah petang pula menyaksikan TNB meraih kemenangan pertama dengan berpesta gol 9-0 ke atas Tunderbolts di Stadium Hoki Nasional. - Stadium Astro
#LHM #THT #Maybank #hoki
;