LFP rayu dana Kerajaan Perancis selamatkan industri
Astro Arena
Februari 10, 2021 09:36 MYT
Februari 10, 2021 09:36 MYT
BADAN induk liga bola sepak Perancis merayu bantuan daripada kerajaan bagi membantu sukan itu bertahan dengan krisis kewangan.
Semalam, Ligue de Football Professionnel (LFP) mengharapkan pertemuan dengan pihak berkuasa untuk membuat "bantuan kecemasan" bagi melindungi masa depan kelab profesional Perancis.
Kelab-kelab dilaporkan mengalami kerugian lebih daripada €1 bilion (RM4.91b), lantas menggambarkan kelangsungan industri bola sepak profesional dalam risiko.
Amaran tegas itu mula terbit selepas runtuhnya saluran televisyen, Telefoot Chaine, yang disiarkan buat kali terakhir minggu lalu.
Mediapro, yang mengendalikan saluran itu, telah mencapai perjanjian selama lima tahun yang boleh menguntungkan LFP menerusi hak penyiaran Ligue 1 dan Ligue namun tetapi perjanjian berkenaan dibatalkan pada Disember lalu, kurang enam bulan selepas ia dimeterai.
LFP kemudian mencapai kesepakatan baru dengan Canal Plus minggu lalu tetapi, dengan pengurangan pendapatan siaran dan kesan perlawanan tertutup berikutan penularan COVID-19, mereka mampu menjana €759.1 juta (RM3.7b ) -- menyusut hampir separuh daripada keuntungan terdahulu seperti yang dijangkakan kelab bagi musim 2020-21.
"Kelab-kelab telah berusaha keras untuk menyesuaikan diri ekoran penurunan pendapatan sebesar ini, baik melalui rundingan gaji dengan pemain atau melalui pembaharuan yang telah dibentang oleh LFP bagi memastikan masa depannya.
"Namun, adalah mustahak untuk kerajaan mengambil bahagian dalam membantu kelab profesional dan pemegang taruh demi mengatasi keadaan darurat yang ditimbulkan oleh krisis COVID-19.
"Kelangsungan industri bola sepak profesional dalam taruhan, warisan budaya dan ekonomi industri ini tidak boleh dibiarkan lenyap dengan sekelip mata."
#LFP
#rayuan
#dana
#krisis kewangan
#masa depan
#kelab profesional
#Perancis
#bola sepak
#Ligue de Football Professionnel
#Telefoot Chaine
#kerugian
#risiko
#Ligue 1
#COVID-19
#darurat