Lewis Hamilton rangkul kejuaraan Grand Prix Singapura

Bernama
September 22, 2014 08:52 MYT
Hamilton yang mewakili Mercedes AMG Petronas F1 mendahului kejuaraan pemandu sedunia. - Foto AFP
Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Grand Prix Singapura di sirkit Marina Bay Street malam tadi.
Ini merupakan kemenangan kedua baginya di sini, yang pertama kali pada 2009 dalam perlumbaan 61 pusingan yang diadakan pada sebelah malam.
Dengan kemenangan itu, pelumba Great Britain berumur 29 tahun ini yang mewakili Mercedes AMG Petronas F1 mendahului kejuaraan pemandu sedunia.
Rakan sepasukannya Nico Rosberg terkeluar daripada perlumbaan selepas 14 pusingan kerana masalah elektronik.
Pemandu Red Bull dari Jerman, Sebastian Vettel berada di tempat kedua semantara rakan sepasukannya Daniel Ricciardo di tempat ketiga.
Hamilton mencipta masa 2:0:4.795, Vettel (2:0:18.329) dan Ricciardo (2:0:19.068).
Hamilton kini memperoleh 241 mata, tiga mata mengatasi Rosberg dengan baki lima pelumbaan.
#F1 #Formula One #great britain #Lewis Hamilton #Singapore #Singapura
;